Wedding: Nazerah & Naser
Tuesday, June 15, 2010 by Pye FS , under photography, wedding
Pye FS
Portfolio: http://pyefs.daportfolio.com/
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto/
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
Twitter: http://www.twitter.com/pyefs
Wordpress: http://fspye.wordpress.com/
YM: my_crewz
Saya dan Portraiture
Thursday, June 10, 2010 by Pye FS , under photography
Salam. Hai semua.
Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana apa yang akan saya tulis ini mungkin bercanggah dengan apa yang pernah anda pelajari atau alami. Kerana saya tidak pernah mengikuti sebarang workshop mahupun seminar fotografi sebelum ini. Saya juga tidak pernah mendapat pendidikan formal sejak saya berkecimpung dalam bidang ini. Apa yang bakal saya tulis di bawah ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan apa yang telah saya pelajari sendiri menerusi bahan-bahan rujukan digital dan juga bercetak.
Dalam bidang portraiture, saya berpegang kepada empat elemen penting ini - cahaya, komposisi, background, kombinasi. Cahaya adalah nyawa kepada gambar. Tanpa cahaya, tidak akan ada gambar. Ramai orang tahu tentang hal ini. Tapi ramai yang tidak 'aware' tentang kepentingan cahaya terhadap gambar. Sebelum anda mengolah komposisi gambar anda, pastikan anda tahu sumber cahaya itu datang dari mana. "Observe and study how the lights fall on your subjects". Kaji impak cahaya itu terhadap subjek anda dan gunakannya sebaik-baiknya.
Selain cahaya, background juga antara elemen paling penting dalam sesebuah gambar. Sebelum berfikir tentang komposisi, saya terlebih dahulu mencari background. Setelah mengetahui sumber cahaya, pemilihan background adalah perkara yang paling saya utamakan. Kadang-kadang saya juga memilih background dahulu, kemudian baru melihat keadaan cahaya, seterusnya berfikir bagaimana mendapatkan gambar yang terbaik dalam situasi tersebut. Either way works. Sesetengah orang terlalu 'excited' dan terlalu tertumpu pada subjek sewaktu menekan shutter sehingga terlupa untuk memberi perhatian terhadap 'distractions' pada background. Distractions pada background adalah gangguan yang memberi impak yang jelas sehingga menganggu tumpuan kita terhadap subjek. Ini sering berlaku dan kegagalan mengesan distractions dalam pemilihan background akan mempengaruhi gambar yang anda bakal hasilkan. Pilih background yang mempunyai contrast dengan subjek anda. Sebagai contoh, subjek yang memakai pakaian putih akan lebih standout dengan background yang gelap.
Seterusnya adalah komposisi. Komposisi juga memberi impak terhadap gambar kita. Pemilihan komposisi yang bersesuaian dengan ekspresi, mood, cahaya dan background akan membolehkan kita menghasilkan gambar yang mempunyai impak visual yang tinggi. Gunakan Rules of Third sebaik-baiknya, ataupun compose mengikut 'naluri' anda. Ubah atau perbaiki jika anda rasa komposisi tersebut tidak sesuai. Pemilihan penggunaan format sama ada landscape atau portrait juga penting. Tapi yang penting, anda kena tahu dahulu apa yang anda mahu :) Jangan takut untuk bend horizon dalam gambar anda, bend jika anda mahu! Be creative!
Elemen terakhir adalah kombinasi. Kombinasi yang saya maksudkan di sini adalah kombinasi cahaya, subjek, komposisi, background, ekspresi, mood, warna, details dan banyak lagi. Anda perlu tahu apa hasil dan kesan daripada kombinasi tersebut. Jika anda dapat memahami keempat-empat elemen ini, anda shoot portraiture dekat belakang rumah ataupun dengan hanya berbackgroundkan pintu kedai pun pasti hasilnya hebat!
Saya sendiri masih belum mahir sepenuhnya dalam keempat-empat elemen ini terutamanya kombinasi. Tetapi saya sedang dalam proses menguasai elemen-elemen ini sepenuhnya. Saya tidak menyuruh anda untuk mengikut apa yang saya amalkan, tetapi jika anda rasa sebahagian daripadanya berguna, itu terpulang kepada anda. Saya juga masih baru dalam bidang ini.
Saya harap apa yang saya kongsi kali ini memberi sedikit (walaupun mungkin tidak banyak, itupun jika ada) manfaat kepada yang membaca. Saya memohon maaf jika ada kekurangan atau mungkin apa yang saya sampaikan itu bercanggah dengan konsep anda. Sila betulkan saya jika saya melakukan kesilapan. Saya sekadar ingin berkongsi. Jika anda ada sebarang persoalan, pandangan atau cadangan, sila tinggalkan di ruangan komen.
Sampai sini saja untuk kali ini. Insyaallah pada entry seterusnya saya akan kongsi tentang pre-visualization dan banyak lagi :) Rasa macam formal sangat pula kali ni kan? Hehe. By the way, if you guys like this post, I'd appreciate a "Thanks" :)
Salam.
Pye FS
Portfolio: http://pyefs.daportfolio.com/
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto/
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
Twitter: http://www.twitter.com/pyefs
Wordpress: http://fspye.wordpress.com/
YM: my_crewz
Wedding: Alvin & Dazeree (Outdoor Session)
Wednesday, June 9, 2010 by Pye FS , under photography, wedding
Hai semua.
Macam lama sudah blog ni tidak diupdate kan? Hehe. Kali ni entry pasal wedding Alvin & Dazeree. Seperti biasa, Habeeb Safri menemani saya untuk cover tugasan ini selama dua hari di Kundasang iaitu untuk reception dan juga sesi fotografi outdoor. Ada terlalu banyak gambar yang best2 dalam masa dua hari saya bersama mereka. Terima kasih atas kerjasama serta layanan hebat dari Alvin & Dazeree serta ahli keluarga mereka. Terima kasih juga untuk Habeeb Safri yang bersama-sama menjayakan tugasan ini. Tugasan kali ni memang sangat2 best! Semoga Alvin & Dazeree berbahagia selama-lamanya :) Thanks for hiring.
Enjoy gambar-gambar outdoor mereka ok! :)
And the best photo of that day...
Marvelicious!
Pye FS
Portfolio: http://pyefs.daportfolio.com/
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto/
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
Twitter: http://www.twitter.com/pyefs
Wordpress: http://fspye.wordpress.com/
YM: my_crewz
Slideshow: The Wedding of Alvin & Dazeree - Outdoor Session
Friday, June 4, 2010 by Pye FS , under photography, wedding
The Wedding of Kenneth & Veronica
by Pye FS , under photography, wedding
More photos here on my Facebook.
Thanks for viewing :)
Pye FS
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto/
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
Twitter: http://www.twitter.com/pyefs
Wordpress: http://fspye.wordpress.com/
YM: my_crewz
Subscribe to:
Posts (Atom)