CAKAP DULU
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "Yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
HARI INI HARI APA?
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.
"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.
Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.
"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat."
APA AWAK BUAT DI SINI?
Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dai terus menelefon teksi. Sebaik teksi sampai, dia terus membuka pintu lalu menyerahkan alamat tempat kejadian kepada pemandu.
Orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemu bual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian dia menghampiri seorang lelaki yang begitu asyik memerhatikannya bertugas.
"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan kepda lelaki itu.
"Tidak," jawab lelaki tersebut.
"Mungkin ahli keluarga mangsa?" soal wartawan lagi.
"Tidak…saya tiada kaitan langsung dengan mangsa."
"Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini?" tanya wartawan lagi.
"Kerana saya adalah pemandu teksi yang bawa awak ke sini. Saya menunggu tambangnya yang belum dibayar," kata lelaki itu.
PEMBOHONG
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".
Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...
HARI YANG BURUK
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis.
"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"
"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku."
NAMA IBUKU
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah."
Perompak : "Aisyah?! Nampaknya sama dengan nama ibuku.Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."
PELANCONG TAIWAN DAN PEGAWAI IMIGRESEN
Seorang pelancong dari Taiwan, pertama kali menjejakkan kakinya ke Malaysia. Ketika di KLIA, dia sampai ketempat untuk pengesahan kemasukkannya ke negara ini, iaitu Imegresen. Setelah menyerahkan pasportnya, pegawai Imegresen itu pun bertanya beberapa soalan kepadanya.
Pegawai : “Nama?”
Pelancong : “Pak Yu.”(sebutan dalam loghat Taiwan)
Pegawai Imegresen merasa amat marah dan menjerit, “FUCK YOU!, jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!”
Pelancong: “Pak Yu Tu.”
CEMPEDAK
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..
'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'
Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu tidak dicuri lagi..
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'
Blog Entry
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to 'CERITA LAWAK'
Post a Comment