YOU!

Wednesday, January 27, 2010 by Pye FS , under



Pye FS
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
YM: my_crewz

PIECE OF THE DAY

Tuesday, January 26, 2010 by Pye FS , under

Hi. Haven't post any piece of my artwork recently. So here's for today. Taken at Kampung Penimbawan, Tuaran last year. Duo tones plus a grunge texture layer to add more impact to the photo. Enjoy.



Pye FS
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
YM: my_crewz

CERITA LAWAK #2

Monday, January 25, 2010 by Pye FS , under

AYAM PANGGANG
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik."

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa saat.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...




KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA
Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah..

Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya...

"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...

Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:

"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"




MENU RESTORAN ITALI
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan...

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi..

"Maaf.. encik" jawab waiter

"Itu nama pemilik restoran ini"



BELUM CUKUP TINGGI
Ahmad.. seorang pelancong dari timur tengah... sedang jalan-jalan di sekitar ibukota.. Dalam poketnya hanya tinggal wang satu dolar sahaja... dan ketika malam tiba, dia cuba mencari tempat penginapan... kerana wang yang tinggal amat sedikit.. dia mencari rumah tumpangan yang murah.. apabila berjumpa.. Dia bertanya kepada pemilik rumah tumpangan tersebut.. berapa kadar menginap satu malam.

Pemilik rumah tumpangan menjelaskan...

"Encik.. untuk bilik di di tingkat bawah.. kadarnya RM 60 satu malam.. kalau di tingkat dua.. RM 50 Semalam dan kalau di Tingkat tiga.. kadarnya RM 40 semalam.. sekarang encik pilih lah di tingkat berapa yang encik mahu..."

Tidak lama selepas itu.. pelancong itu hanya mengelengkan kepala dan meninggalkan rumah tumpangan tersebut tanpa berkata apapun. Lalu pemilik rumah tumpangan itu cuba bertanya sambil menjerit ke arah pelancong yang semakin jauh itu..

"Encik.. kenapa tidak jadi menginap?"

Sambil mengangkat bahu... pelancong yang kekurangan wang itu menjawab...

"Rumah tumpangan anda masih belum cukup tinggi."




GOSOK MATA
Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.




PANCING
Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok..

Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya...

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok : "Untuk makan"

Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje...

Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok : "Oh ada"

Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok : "Kamu yang kelima""




MAMAK OH MAMAK
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?

Mamak: Saya bini juga surat India mari.

Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!

Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat la ni?

Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.

Ali: ?????????????




BURUNG KAKAK TUA
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.




TIDAK AKAN DIHUKUM
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.




BETUL ATAU SALAH
Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu di sebelah meja pelajar itu bertanya, "Apa yang kamu buat tu?" Pelajar : "Saya sedang semak jawapan saya."





DENGAN PENUH SENYUMAN
Seorang pemimpin sebuah persatuan sedang memberi ucapan dihadapan sekumpulan ahlinya berkenaan kewajiban membayar yuran persatuan dengan rela hati...

"Adalah menjadi suatu penghormatan bagi kita jika dapat membayar yuran persatuan dengan penuh senyuman" kata pemimpin.

Tiba-tiba dari barisan belakang terdengar suara menjerit kegembiraan..

"Oh.. Syukur pada Tuhan.. mulanya saya sangka yang yuran mesti dibayar dengan wang..."





SEDUT
Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung.

Sesiapa yang paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di isytiharkan sebagai pemenang.

Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai pertandingan.

Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia) Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil berkata

"Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",

Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan. Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang.... semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua berhasil menyedut 3 buah meja...!!",

Sekarang giliran peserta ketiga....dari Malaysia. Semua penonton booo kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi gelap dan lampu mati.

Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"




SUAMI ISTERI
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "





RACUN
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang nyawa.
Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan
air mata keluar dari matanya.

Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.
"Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.

"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.

"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu,
teman baikmu, dan ibumu."

"Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..."

CERITA LAWAK

Sunday, January 24, 2010 by Pye FS , under

CAKAP DULU
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "Yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"



HARI INI HARI APA?
Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat."



APA AWAK BUAT DI SINI?
Seorang wartawan mendapat maklumat mengenai suatu kejadian bunuh. Tanpa berlengah dai terus menelefon teksi. Sebaik teksi sampai, dia terus membuka pintu lalu menyerahkan alamat tempat kejadian kepada pemandu.

Orang ramai kelihatan berkerumun di tempat kejadian. Terlalu ghairah untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku, dia menemu bual beberapa jiran dan keluarga mangsa. Kemudian dia menghampiri seorang lelaki yang begitu asyik memerhatikannya bertugas.

"Awak salah seorang jiran mangsa ke?" tanya wartawan kepda lelaki itu.

"Tidak," jawab lelaki tersebut.

"Mungkin ahli keluarga mangsa?" soal wartawan lagi.

"Tidak…saya tiada kaitan langsung dengan mangsa."

"Tak ada kaitan! Habis tu apa awak buat di sini?" tanya wartawan lagi.

"Kerana saya adalah pemandu teksi yang bawa awak ke sini. Saya menunggu tambangnya yang belum dibayar," kata lelaki itu.


PEMBOHONG
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...



HARI YANG BURUK
Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu. Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori. "Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini. Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak muncul meminum racun aku."



NAMA IBUKU
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"

Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah."

Perompak : "Aisyah?! Nampaknya sama dengan nama ibuku.Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."

Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."



PELANCONG TAIWAN DAN PEGAWAI IMIGRESEN
Seorang pelancong dari Taiwan, pertama kali menjejakkan kakinya ke Malaysia. Ketika di KLIA, dia sampai ketempat untuk pengesahan kemasukkannya ke negara ini, iaitu Imegresen. Setelah menyerahkan pasportnya, pegawai Imegresen itu pun bertanya beberapa soalan kepadanya.

Pegawai : “Nama?”

Pelancong : “Pak Yu.”(sebutan dalam loghat Taiwan)

Pegawai Imegresen merasa amat marah dan menjerit, “FUCK YOU!, jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!”

Pelancong: “Pak Yu Tu.”



CEMPEDAK
Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'

COMING SOON

Saturday, January 23, 2010 by Pye FS , under





For updates, visit:
http://www.facebook.com/pages/3rd-Dice/166128931012
http://www.myspace.com/3rddice




Pye FS
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
YM: my_crewz

The Wind Blows

Thursday, January 21, 2010 by Pye FS , under



I got to breathe
You can’t take that from me
Cause it’s all that you left that’s mine
You had to leave
And that’s all I can see
But you told me your love was blind

I know there are times
You’re so impossible that I should sign a waiver
And you will find
Someone worth walking on when you ask me to go

I’ll leave when the wind blows
Take a breath there your heart goes
I’ll be outside of your window
I’ll pass by but I’ll go slow
I’ll leave when the wind blows

There was a day
You threw our love away
Then you passed it to someone new
You wanna stay
But since you wanna play
We can finally say we’re through

And I know there are times you’re so impossible
And you ask me to go

I’ll leave when the wind blows
Take a breath there your heart goes
I’ll be outside of your window
I’ll pass by but I’ll go slow
I’ll leave when the wind blows

You can scream there’s just echoes
I'll pass outside of your window
You’ll be sad that you let me go
I’ll leave but just know

As I lay in solitude
Oh what’s a boy supposed to do
I shake the very thought of you
And me together, I remember
Late nights when I stayed up late
All I do is wait and wait
Your never coming home to me
That’s the hardest thing to see

I got to breathe
You can’t take that from me
I can finally say we’re through

I’ll leave when the wind blows
Take a breath there your heart goes
I’ll be outside of your window
I’ll pass by but I’ll go slow
I’ll leave when the wind blows
You can scream there’s just echoes
Pass outside of your window
You’ll be sad that you let me go
On every face you’ll ever know
And everywhere you ever go

You’ll feel when the wind blows

Ordinary and Average

Saturday, January 16, 2010 by Pye FS , under

Some people wanna look different from others. Some people wanna look like they know things. Some people wanna look matured, especially compared to those around their age. Some people think they know and understand a lot. Some people think that they're the most disappointed, heartbroken. Some people think they got the most complicated life out there. Some people think they're smart. Some people put a little too much emotions in things where they're supposed to think rationally.

They don't wanna look ordinary. They don't wanna look average. It's the ego in them.

I'm ordinary and average. I think twice and more.

Gallery Updated

Friday, January 15, 2010 by Pye FS , under

My photo gallery has just been updated. Click on the link "My Gallery" above. Thanks.

B'z - Ichibu To Zenbu

Thursday, January 14, 2010 by Pye FS , under

CONTOH

Wednesday, January 13, 2010 by Pye FS , under

Hai. Apa khabar?

Pernah kamu tengok rancangan TV tempatan yang berbentuk kuiz? Yang di hujung2 rancangan tu pemenang kena kasi kad besar dengan tulisan *RM10,000 CONTOH*. Pernah? I'm so pissed just by looking at it. Mau juga kasi insert perkataan CONTOH tu. Kamu rasa kalau tiada perkataan CONTOH tu, ada orang mau percaya ka yang itu adalah duit??

Tiada kan?

-_-"

LAME #1

Tuesday, January 12, 2010 by Pye FS , under









Cerita Dulu-dulu #1

Friday, January 8, 2010 by Pye FS , under

Hai. Apa khabar?

Selamat tahun baru 2010! Baru sekarang mau wish kan?! Haha. Sorry sebab malas sikit mau blogging baru-baru ni. Yalah. Mesti semua orang pun mau blogging pasal new year kan masa awal-awal tu. Tapi bukan saya. Sebab saya lewat mau cerita pasal new year ni. Tapi masih kira awal juga bah ni kan. Masih minggu pertama orang bilang.

Kalau sebut saja pasal new year, nda miss mesti sebut pasal azam baru kan? Macam tradisi la pulak. Asal new year, mesti ada azam baru. Apa jadi dengan azam-azam yang lepas? Sudah tercapai ka? Sudah terlaksana ka? Harap-harap sudah tercapai dan terlaksana. Saya tiada azam baru. Azam lama ja yg dibawa ke hadapan. Sehhh. Tapi saya ada banyak wishes tahun. Itu biar saya ja yg tau la k. Hehe.

Untuk entry kali ni saya mau cerita pasal zaman sekolah rendah saya. Dulu saya bersekolah rendah di SK Pekan Tuaran. Saya masih ingat lagi bah lagu dia. Biar saya nyanyi ah.. "Berdiri megah bangunan indah, tinggi besar cita-citanya. Ikut sejarah zaman penjajah, bangunan asal kecil sahaja..Tekun, usaha, jaya, bakti. Slogan kata sekolah kita. Guru bersih, cekap, amanah, setia. Membimbing anak berbilang bangsa. Sekolah Pekan Tuaran, jasamu dalam kenangan. Biar hilang dari pandangan. Budi dikenang sepanjang zaman". Wahh ingat betul ohh.. Bangga la cikgu2 saya ni kalau dia tahu saya ni masi ingat. Hehe.

Saya masih ingat lagi masa hari pertama pegi sekolah tu. Kena kasi bangun awal pagi. Gelap lagi masa tu. First time la saya bangun awal macam tu. Kena kasi mandi lagi tu. Kena kasi pakai bedak, baju sekolah, seluar, semua lah. Kena letak minyak rambut, kena sisir smart2 lagi tu. Hari pertama tu mama saya ikut pegi sekolah. Kami sama-sama jalan kaki pegi sekolah. Rumah saya x jauh dari sekolah. Masa sampai sekolah tu blur2 saya. Ramai betul budak-budak, termasuk parents diorang lah. Tapi kan, macam saya juga yg paling smart tau time tu. Hahaha nda ba :p

Dulu sebelum kamu masuk sekolah rendah, kamu masuk tadika atau taska duluan ka? Dulu saya tiada masuk tadika, terus ja sekolah rendah. Jadi masa 1st time dalam kelas darjah 1 tu kan, kena tanya-tanya lah oleh cikgu ni. Dulu ada tadika ka? Tadika di mana? Raaamai ni ada masuk tadika. Saya teda pulak. Saya ingat lagi masa tu saya duduk di belakang2 tu. Ada lagi tu mama saya di luar kelas. Dia tengok ja saya bah. Risau dia. Hari pertama di sekolah kan. Tapi bukan mama saya ja ah. Ramai lagi parents yang datang jaga2 anak diorang. Tengok2 dari luar kelas. Hehe.

Saya lupa sudah apa nama kelas saya dulu. Saya cuma ingat saya duduk di sebelah kanan kelas dan di belakang. Kami duduk berkumpulan. Satu kumpulan ada enam meja, enam orang la tu. Dalam kelas kami tu ada 5 ka 6 kumpulan tu ah. Lupa suda. Tapi saya nda kuat bergaul la dulu masa kecik2. Dan saya mmg kecik ja dulu berbanding budak2 yang lain. Dulu2 kalau berbaris, siapa yang pendek mesti di depan kan. Nah saya antara yang paling depan la tu. Haha.

Yang saya paling ingat dulu masa darjah 1 kan, masa buat latihan. Kami kena bagi kertas soalan. Jadi mesti mau tulis nama, kelas dan tarikh. Jadi saya pun tulis la ni. Saya punya kawan di depan ni mau meniru. Saya nda ingat sudah nama dia. Kawan-kawan yang satu kumpulan dengan saya belum tulis apa-apa lagi. Jadi kawan saya ni dia tiru la saya. Saya pun bukan jenis kedekut ilmu. Ceh ceh ceh. Haha. Jadi saya kasi dia tiru la juga. Habis 100% dia tiru. Sampaikan nama saya pun dia tiru juga bah! Wakaka. Lucu gilak bila ingat masa ni.

Mata pelajaran yang paling saya ingat dulu kan, Matematik! Sebab masa mula-mula belajar Matematik tu, lepas kenal nombor, kami kena ajar mengira guna lidi. Batang lidi tu kena kasi patah-patah, kasi pendek2 macam cungkil gigi la lebih kurang panjang dia. Jadi ada banyak lah. Ikat guna getah. Sebelum tu cikgu kami kasi briefing la sama kami. Dia cakap, balik nanti kamu cari lidi. Terus saya senyum sebab saya teringat di rumah saya ada penyapu lidi. Sampai rumah ja terus saya pegi ambil penyapu lidi tu. Kasi keluar 5-6 batang. Mama saya pun curious bah dengan kelakuan saya. Dia ingat saya mau bikin main-main tu batang lidi. Hehe.

Dulu masa sekolah rendah, ada sorang cikgu muzik nama dia Cikgu Aziz. Masa tu darjah berapa ah.. saya nda ingat sudah. Darjah 2 mgkn tu. Cikgu ni ajar kami muzik. Dia ni bawa motor ja p skolah. Jadi ada sekali tu dia masuk kelas kami, masa tu lepas rehat. Biasa la budak-budak, bising. Dia mengajar2, budak2 bising la..bermain. Jadi dia meradang. Dia pukul papan hijau tu. Takutnya saya masa tu. Terus diam bah satu kelas. Sekali masa balik sekolah, saya tunggu bas di depan sekolah. Cikgu ni lalu la dengan motor dia. Dia mau kasi tumpang saya balik rumah. Tapi saya takut sebab mula-mula tadi dia marah2 kan. Tapi last2 saya ikut juga. Haha. First time la saya naik motor masa tu. Besttt. Sekali mama saya hairan ni saya balik bukan naik bas, tapi naik motor. Hehe. Saya bagitau la juga yg itu guru muzik kami.

Saya ingat lagi dulu saya pernah menangis masa peperiksaan. Saya nda faham soalan tu. Jadi saya panggil la cikgu tanya maksud soalan tu. Cikgu tu explain la. Saya nda puas hati juga ni. Saya nda dapat jawab soalan tu sebab saya nda faham. Saya hempas pensel saya tu kuat2 di atas meja. Tekejut semua kawan-kawan saya, termasuk cikgu sekali. Pastu saya nangis. Haha. Lucu. Lepas peperiksaan tu kena panggil pegi bilik guru, kena tanya ni kenapa saya bertindak sedemikian. Haha. Rasanya sampai sekarang terbawa-bawa tu. Kalau saya mau taw pasal satu benda, saya mesti mau taw dari awal sampai habis. Saya mau faham sepenuhnya. Dan kalau saya mau tau jawapan atau penyelesaian sesuatu benda, saya mesti cari sampai jumpa. Tapi sekarang nda la saya nangis kalau nda dapat. Hahaha.

Dulu saya paling happy bila dapat susu kotak. Dulu kan ada ada kena bagi susu kotak. Jadi bila masa kena bagi tu semua happy. Tambah happy lagi kalau susu yang kena bagi tu susu coklat. Haha. Lepas tu dekat2 hujung tahun kena bagi baju, seluar & kasut sekolah free. Subsidi kerajaan kan. Best la masa tu. Kalau sampai sekolah menengah macam gitu kan best. Cerita pasal susu kotak ni kan. Dulu kami selalu main tapuk-tapuk sebelum mula masa sekolah. Tapi kami guna bangunan sekolah tu. Mesti betapuk di mana2 tempat dalam bangunan. Ramai juga lah. Sekali saya dengan kawan saya dapat masuk pegi stor tempat simpan kotak susu tu. Sampai bunyi loceng (mula sesi sekolah) dorang nda dapat cari kami. Haha.

Macam2 jenis permainan kami main dulu. Ada ja. Salah satu dia main guli lah. Macam-macam skill tu mau menimbak. Rules dia pun 2x5 jugak banyak. Dulu kan, ada senamrobik bah di Maktab Kent tiap2 pagi hari Khamis. Jadi masa hari Rabu tu, cikgu pesan la sama kami suruh bawa baju PJ besok. Sekali saya dgn kawan2 saya berpakat ni nda bawa. Jadi siapa-siapa yang nda bawa tu, nda la dapat ikut senaman di Maktab Kent. Tinggal kami la beberapa orang di sekolah tu. Apa lagi, main guli berabis lah di halaman sekolah! :p

Apa warna rumah sukan kamu dulu? Kuning, merah, hijau, biru? Rumah sukan saya warna biru. Nama dia Mat Kilau! Nahh. Haha. Saya nda ikut acara balapan atau olahraga. Saya ikut perbarisan. Saya ingat lagi nama2 rumah sukan kami dulu. Mat Kilau, Mat Salleh, Rentap & Dato' Bahaman. Mat Kilau warna biru, Mat Salleh warna Merah, Rentap warna kuning, Dato' Bahaman warna hijau. Memang best la ikut perbarisan. Selalu team saya menang perbarisan. Sampai peringkat sekolah tu kami. Last saya ikut tu sampai peringkat sekolah. Peringkat daerah saya x ikut, sebab dekat2 UPSR suda time tu. Masa tu saya bagitau, saya x mau ikut sebab dekat sudah UPSR. Kawan2 saya yg lain cakap, "Kalau ko x ikut, kami pun x ikut lah". Last2 semua diorang nda ikut. Yang darjah enam ja la nda ikut.

Pernah sekali masa tu sidang petang. Saya dengan kawan-kawan saya main-main di belakang bangunan PIBG. Bangunan ni bersebelahan ja dengan bangunan sekolah kami dan dalam kawasan yang sama, tiada pagar. Di belakang bangunan PIBG ni ada 2 tangki air. Mula2 saya ikut kawan-kawan saya ni main. Main lari-lari, sapa duluan sampai di tangki air tu. Nda lama lepas tu saya stop join dorang main. Saya pegi la tepi. Pastu saya mau pegi padang. Sekali saya berdiri, jalan, terus kena langgar. Saya terjatuh dan kepala saya terkena bucu2 tajam di kaki tangki tu. Lepas tu saya pengsan. Sedar2 ja saya sedang kena angkat oleh cikgu saya pegi bilik guru. Berdarah2 dahi saya masa tu. Then saya kena hantar pegi Hospital Berungis. Kena jahit ba dahi saya. Enam jahitan. Saaaakit sangat. Sebab dekat dahi, kulit nipis. Kuat sangat saya nangis masa tu. Lepas tu saya kena hantar pulang. Saya ingat lagi cikgu yang hantar saya masa tu. Cikgu Abdin Dinah. Thanks ah cikgu! Sampai rumah kena lecture berabis saya oleh mama saya. Haha. Tu lah jajal.

Mula2 masa saya mau tulis entry ni kan, x banyak dalam fikiran saya pasal cerita masa saya sekolah rendah dulu. Sekali mula tulis, macam banyak betul pula. Haha. Bila ingat2 balik, sweet betul masa sekolah rendah dulu. Apa-apa pun, nanti saya sambung lagi okey. See you in the next entry :)