Blog Entry

DEMAM

Saturday, December 26, 2009 by Pye FS , under , , ,



























Hai. Apa khabar?

Sebelum saya membebel dengan lebih lanjut, saya mau ucap selamat menyambut hari Natal dan selamat hari jadi buat mereka yang lahir pada 25 Disember! Masih buli ka wish ni? Lambat suda ni. Hehe.

Saya masih belum sihat sepenuhnya semasa menulis entry ini. Baru-baru ni saya demam. Memang musim demam mengkali sekarang ni kan? Ramai orang sakit, termasuklah saya. Aishh.

Teringat pulak saya hari Khamis lepas, sehari sebelum perayaan Krismas tu. Bekalan gula mencukupi kunun. Tapi gula masih juga kena sorok. Geram! Sama ada kena sorok atau memang cepat sangat habis, saya x taw la pulak. Tapi masa saya mau beli gula, memang tiada la. Hampa. Saya pun sot juga, kalau teda gula, kenapa saya nda beli SUSU CAP JUNJUNG kan?! (Tepuk dahi).

Malam Khamis tu saya mula demam. Tekak rasa x best jak. Hari Jumaat tu demam, tapi menjelang tengahari ok la suda sikit2. (Cehh ayat tu ba, MENJELANG. wakakak). Saya p beli ubat sakit tekak. Gula2 Woods tu. Kick wa cakap lu!

Disebabkan saya berehat kunun hari semalam, maka saya pun bongkar balik photo2 lama. Habis semua saya belasah di Photomatix & Photoshop. Gambar2 di atas tu la hasilnya. Semua tu single JPEG tapi saya kasi split pegi 5 exposure, then adjust di Photomatix Pro. Kasi HDR la kunun. Ok la juga. Lama nda layan Photomatix kan. Kalau mau view large, klik ja mana2 gambar tu okay.

Harap2 besok saya sihat. Ada show besok. Last week x dapat perform, so minggu ni mesti mau perform!

Ok la. Enjoy gambar2 di atas ya. Do leave me some comments ^^.

See ya.

Pye FS
Flickr: http://www.flickr.com/photos/pyephoto
Facebook: http://www.facebook.com/pye.fs
YM: my_crewz

0 Responses to 'DEMAM'